Tuesday 2 November 2010

new update research

format surat 1(kpd kuliyyah)
1.isikan pd kolum yg berhighlight
2. tarikh mula research isikan 27.12.2010
3. isikan subject specifically contohnya women shj or final year student uia
4. cc-sila tambahkan nama supervisor anda di bawah sekali
5.sila print dan signkan dengan pen biru
6. sila serahkan pada mastura sebelum jam 12 malam, 5.11.2010

surat ke 2:
1. akan disediakan oleh kuliah,just bagi maklumat dibawah sahaja pada mastura. boleh datang taip sendiri kat bilik M6 3.2/ email ke forthbatch@gmail.com.

PIC-sila nyatakan nama, jawatan, alamat, no telefon, no fax.
2. Utk buat di UIA, sila specifickan kuliah yang anda libatkan jika perlu(eg: semua kuliah di UIA, allhs shj, medic shj). nama deans semua dah ada, xyah susah2 carikan. ada pada mastura.
3. utk yang buat di hospital, sila rujuk mastura segera. ada persoalan masih tertangguh lagi berkenaan kena hantar proposal kpd hospital. ada form kena isi, bleh mai amk bilik/ download kat internet sendiri. SILA BERTINDAK SEKARANG KERANA MASA DIAMBIL UTK DEAL DENGAN ORANG LUAR SANGAT LA LAMA(hope dimudahkan)..


sebarang kemusykilan sila rujuk segera kpd mastura.

Kursus Asas Keusahawanan Siswa (KAKS)

kawan2, jom kita pakat p

x rugi punya, insyaAllah

ilmu dpt, sijil dpt

siap boleh tido kt hotel lagi..hahaha

so, bg sapa2 yg berminat nak pergi tu sila bg nama kepada hakim rahmat yea

asap!!! sebelum terlambat krn tempat adalah terhad!!!

kalau lambat karang, takut x diterima je la pendaftaran tu..T__T

Monday 1 November 2010

GEMPAR!!!!

slm...surat untuk dhantar pd kuliyah boleh ddapati d forthbatch@gmail.com, passwrd- nurseiium.sila dwload dr e mel yg bertajuk surat. yg benda berhighligt dlm surat perlu di tukar, dan sila tambah nama supervisor anda di ruangan cc. siapa yg dah dwnload blh sebarkan pd siapa yg blum ada. sila cari nama2 org yg incharge untuk kajian anda bermula dr kementerian berkenaan,  smp kpd tempat yg anda nk buat( sister incharge ward 8c, pengetua sekolah kuantan,etc).sertakan skali nama penuh, alamat, no contact, fax, dan apa2 je mklumat yg penting....sila rujuk jika terbit sbrg prsoalan.

Saturday 30 October 2010

research

untuk nk buat research, surat kena dihantar ke tempat yg kita nak buat tu(softcopy surat akan diberi nanti), jadi, nama org2 yg terlibat dan alamat mereka perlu dikenalpasti. Contohnya kalau nk buat research di klinik, kena la tau siapa person inchrge di pjbt kesihatan daerah kuantan dan cc kpd org yg bertanggujwb di klinik trsebut.
     1.boleh telefon tros ke tempat yg diingini untuk tau sapa yg inchrge di tmpt trsebut(tnya sapa yg inchrge bhgian research)
     2.boleh guna telefon uia
     3.bekerjasama ngn clasmate yg buat tmpt yg sama
     4.sebarang soaln boleh diajukn kpd supervisor anda, @ mastura(tlg tanyakn)
     5.dia nak lps raya haji, tp kalu lg cepat lg bgus(sblm balik 6hb) sbb takut lmbt dpt approval trutamany yg buat d luar uia.(jom hntar sblm 6hb! )

sebarang mklumat @ prubahan baru akn diumumkn dlm blog ni lg....

Tuesday 26 October 2010

Berjuang Untuk Exam Pula!

Salam semua.

Pejam celik, pejam celik...dah 3 paper dah kite ambil utk final exam semester 1 sesi 10/11 kan (teringat pulak hitamkan ruang kat OMR paper guna pensil 2B).

contohi cik ni..rajin & khusyuk je beliau study kan?

Harapnye, kite semua excellent lah bile keluarnya result nanti.
Sama2 boleh tengok, sama ada kita ni nursing student or law student kan? (teringat plak kenangan jawab exam professional law tu).

Tapi masih tidak terlambat utk kita sama2 ucapkan pada diri masing2, selamat mengulangkaji pelajaran!

Ingat, pesanan Sr. Zabai Phyu:

"Nursing is the best profession in the world"
(sila la guna intonasi beliau bagi mengingatkan kenangan indah bersama beliau).

Lastly, berjuanglah sampai hujung nyawa.
eh jap jap...yang ni, study ape eh? ada ke subject tu dalam exam kali ni??

Agi idup, agi ngelaban!

Monday 11 October 2010

The 6th & 7th people.^^

ALHAMDULILAH.:)

Even in between these hectic weeks, with proposal in progress and the uncertainty of our practical (in HoSHAS then HUKM then in JHC finally) the majority of our class managed to travel all the way to KL, precisely at Masjid Wilayah Jalan Duta for Nadia & Imran' Akad Nikah & Kenduri Kesyukuran. Ya Allah, it was indeed a ceremony filled with blessings! 


Truly & deeply sorry when things didn't go right, the delay of Tok Kadi for 1 hour, for all the troubles that you guys have been through. Hope that by being there to celebrate with us was worth all of it.


The hantaran cake!



Hakim is missing, ganti dgn Kunji??


Just right before akad..:) 


Just right after akad..:)


Mak Abah & Mak Abah!



Kita yg pantang ada camera!hehe.


Again..:D

Thank you for being there. We LOVE you guys!

Please pray for us, do remind us in any given circumstances, as we are far from parents to nag us (hehehe perlu ke nag?), we only have each other & YOU, our brothers & sisters! May Allah bless us all and managed to grad together as 1 big family.:D

Wednesday 6 October 2010

congrats senpai..(^^,)

PESANAN DR DR LAITH 5/10/10

1. front page: xyah tulis name, ltk nama terus
2.tolong gunakan ayat future tense (eg: will be conducted), jgn past tense(obvious sgt copy & paste senior)
3. Framework: masukkan b/w hypothesis& objective tu
4. Abstrct xyah tapi digantikan dgn intro kena ada keywords kat bwh dia
5. chapter one-tulis tajuk bwh tu, xyah tulis introduction
6.gantt chart-tulis proposal first draft(sept, oct), proposal final draft (oct) tapi nnt nak submit tulis proposal sahaja
7. expected result-apa yg kita agak result yg bakal dapat nnt (NO VALUE involve except u use black magic)...lbh kr gni la pesanan dia.tlg in4m kwn2 lain sama.

PESANAN DR DR LAITH 5/10/10


propose date of exam

19october  (ICU)
21(Isu)
26 (onco)
29 (Mx) 
1 Nov (reseacrh)
Health eco xde lg...      

Saturday 18 September 2010

housemates


sorila xdpt nak upload kat fb,ntah knpa.kalau ada yg nk tukar rumah, boleh buat suka sm suka, asalkn x exceed jumlah sepatutny. taman jaya3 1 maksudnya rumah yg sebelah kiri dari depan. yg taman jaya 3 2 yg sblh kanan.tq

Tuesday 7 September 2010

adab2 d hari raya..



Banyak fadilat atau kelebihan yang terdapat pada malam Hari Raya..
1. Berdoa di malam raya
Al-Imam Al-Syafie Rahimahullahu Ta‘ala telah menegaskan bahawa malam Hari Raya itu adalah di antara malam-malam yang mudah diperkenankan doa, sebagaimana beliau berkata di dalam kitabnya Al-Umm: "Telah sampai kepada kami bahawasanya pernah dikatakan, sesungguhnya doa itu sungguh mustajab pada lima malam; malam Jumaat, malam Hari Raya Adha, malam Hari Raya Fitrah, awal malam Rajab dan malam Nisfu Sya‘ban.Perlu diingat juga, kelebihan menghidupkan malam Hari Raya itu tidak akan diperolehi melainkan dengan mengisi dan menghidupkan sebahagian besar malam tersebut, sebagaimana mengikut pendapat yang shahih.

2. Bertakbir Sepanjang Malam sehingga sebelum Solat Sunat Aidilfitri
Kemeriahan Hari Raya lebih dirasai apabila laungan takbir bergema. Namun begitu, tidak bermakna takbir itu semata-mata untuk memeriahkan suasana tetapi lebih dari itu, ianya lebih bersifat untuk melahirkan rasa kesyukuran dan mengagungkan Allah Subhanahu wa Ta‘ala. Allah memerintahkan kepada kita mengakui akan kebesaran dan keagunganNya dengan mengucapkan takbir.Ucapan takbir pada malam Hari Raya itu merupakan ibadah yang kita lakukan untuk melepaskan Ramadhan dan untuk menyambut kedatangan ‘Idulfitri. Oleh sebab itu, disunatkan kepada kita mengucapkan takbir dengan mengangkat suara, bermula waktunya dari terbenam matahari malam Hari Raya sehingga imam mengangkat takbiratul ihram sembahyang Hari Raya. Firman Allah Ta‘ala:Tafsirnya: "Dan hendaklah kamu mencukupkan bilangannya dan hendaklah kamu mengagungkan Allah atas petunjukNya yang diberikan kepadamu, supaya kamu bersyukur."(Surah Al-Baqarah : 185)

3. Mandi Sunat Aidilfitri
Di pagi Hari Raya pula disunatkan mandi kerana Hari Raya sebagaimana yang diriwayatkan oleh Ibnu ‘Abbas dan Al-Fakih bin Sa‘d Radhiallahu ‘anhum bahawa Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam melakukan mandi pada Hari Raya Fitrah dan Hari Raya Adha. Hadits ini dikeluarkan oleh Ibnu Majah.

4. Memakai Pakaian yang Terbaik, menghilangkan bau yang tidak elok
Di samping itu disunatkan juga memakai pakaian yang sebagus-bagusnya, memakai harum-haruman dan menghilangkan segala bau-bau yang tidak elok. Tidak kira sama ada orang itu hendak keluar pergi ke masjid untuk menunaikan sembahyang Hari Raya ataupun duduk sahaja di rumah, kerana hari tersebut merupakan hari untuk berhias-hias dan berelok-elok. Diriwayatkan daripada Ja‘far bin Muhammad daripada bapanya daripada datuknya:Maksudnya: "Bahawasanya Shallallahu ‘alaihi wasallam memakai kain yang bergaris-garis (untuk diperselimutkan pada badan) pada setiap kali Hari Raya."(Hadits riwayat Al-Syafi‘e dan Al-Baghawi)

5. Makan terlebih dahulu (seelok-eloknya makan kurma dalam bilangan ganjil)
Sebelum keluar pergi ke masjid untuk menunaikan sembahyang sunat Hari Raya Fitrah disunatkan makan dan minum terlebih dahulu kerana mengikut apa yang dilakukan oleh Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam sebagaimana yang diriwayatkan daripada Anas Radhiallahu ‘anhu, beliau berkata:Maksudnya: "Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam tidak keluar pada waktu pagi Hari Raya Fitrah sehingga Baginda makan (terlebih dahulu) beberapa biji tamar dan Baginda memakannya dalam bilangan ganjil."(Hadits riwayat Al-Bukhari dan Ahmad)

6. Mengucapkan tahniah
Selain itu, Hari Raya merupakan hari kemenangan dan kegembiraan, maka sebab itu disunatkan bagi sesama muslim saling mengucapkan tahniah antara satu sama lain dengan mengucapkan:Ertinya: "Semoga Allah menerima daripada kita dan menerimaNya daripada awak.
"Daripada Jubair bin Nufair, di mana beliau merupakan salah seorang Tabi‘en (orang-orang yang datang setelah Sahabat Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam) telah berkata (maksudnya): "Sahabat- sahabat Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam apabila mereka berjumpa di Hari Raya, setengahnya mengucapkan kepada setengah yang lain:Ertinya: "Semoga Allah menerima daripada kami dan menerimaNya daripada awak.
"Menurut pandangan jumhur ulama bahawa mengucapkan tahniah di Hari Raya merupakan sesuatu perkara yang disyari‘atkan di dalam Islam.Al-Imam Al-Qalyubi menaqalkan daripada Al-Imam Ibnu Hajar bahawa memberi atau mengucapkan tahniah pada hari-hari raya, bulan-bulan dan tahun- tahun (kerana ketibaannya) merupakan perkara yang disunatkan. Al-Imam Al-Baijuri mengatakan: Inilah yang yang dii‘timadkan.(Al-Mausu‘ah Al-Fiqhiyyah, Juz 14, m.s. 100)

7. Ziarah menziarahi
Manakala itu pula, amalan saling ziarah menziarahi rumah terutama sekali saudara mara terdekat dan sahabat handai merupakan suatu tradisi yang sentiasa diamalkan ketika menyambut Hari Raya. Amalan ini juga sebenarnya termasuk di dalam perkara yang digemari dan disyariatkan di dalam Islam.Dalil yang menunjukkan pensyariatannya sebagaimana yang diriwayatkan daripada Aisyah Radhiallahu ‘anha, beliau berkata:
Maksudnya: "Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam masuk kepadaku, dan di sisiku ada dua orang anak perempuan yang menyanyi dengan nyanyian Bu‘ats. Lalu Baginda baring di atas hamparan dan memalingkan mukanya, dan kemudian Abu Bakar masuk, lalu mengherdikku dengan berkata: "Seruling syaitan di sisi (di tempat) Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam!" Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam menghadap kepada Abu Bakar lalu berkata: "Biarkan mereka berdua itu." Melalui riwayat Hisyam Baginda menambah: "Wahai Abu Bakar, masing-masing kaum ada hari rayanya, dan hari ini adalah Hari Raya kita."(Hadits riwayat Al-Bukhari)
Al-Hafizh Ibnu Hajar Al-‘Asqalani menerangkan di dalam kitabnya Fath Al-Baari bahawa kedatangan atau masuknya Abu Bakar Radhiallahu ‘anhu ke dalam rumah Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam menunjukkan seolah-olah Abu Bakar Radhiallahu ‘anhu datang sebagai pengunjung atau penziarah selepas masuknya Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam ke dalam rumah Baginda.(Al-Fath Al-Baari, Juz 3, m.s. 116 & Al-Mausu‘ah Al-Fiqhiyyah, Juz 31, m.s. 117)Sehubungan dengan perkara ziarah menziarahi ini, adalah ditekankan kepada orang yang pergi berziarah supaya sentiasa komited terhadap etika ziarah yang ditetapkan oleh Islam. Umpamanya hendaklah meminta izin atau memberi salam sebelum masuk, tidak menghadapkan muka langsung ke arah pintu, menjaga adab kesopanan ketika berada di dalam rumah orang yang diziarahi, memilih waktu yang sesuai untuk berziarah dan sebagainya.

8. Tetap menjaga disiplin sebagai seorang Islam yang beriman
Dalam keghairahan menyambut Hari Raya, perlu diingat jangan sekali-kali sampai lupa kewajipan kita kepada Allah Ta‘ala iaitu mendirikan sembahyang fardhu, dan kerana terlalu seronok jangan pula adanya berlaku perlanggaran batasan-batasan agama.Apa yang di harapkan daripada sambutan Hari Raya sebenarnya bukannya semata-mata kegembiraan atau keseronokan tetapi yang lebih penting dan lebih utama lagi ialah mendapatkan keberkatan dan keredhaan Allah Subhanahu wa Ta‘ala. Semoga kita semuanya mendapat keberkatan dan keredhaan Allah Subhanahu wa Ta‘ala kerana menghidupkan, membesarkan dan mengagungkan Hari Raya Idulfiri.

(http://www.brunet.bn/gov)

Hidup tiada siaran tunda...

Ada tiga alasan kenapa Allah dan Rasul-Nya mewajibkan manusia untuk tidak menunda sebuah pekerjaan.
Pertama, tidak ada jaminan kita bisa hidup hingga esok hari. Dan tiada seorang pun yang dapat mengetahui (dengan pasti) apa yang diusahakannya besok (QS Luqman [31]: 34). Siapakah yang dapat menjamin kita bisa hidup hingga besok, lusa, bulan depan, atau tahun depan; padahal kematian begitu dekat dengan tiap manusia. Seorang penyair berkata, “Selesaikan pekerjaanmu hari ini, jangan menunggu besok. Siapa yang akan menanggung perkaramu di esok hari?”
Kedua, dalam setiap waktu ada hak dan kewajiban yang harus ditunaikan. Tidak ada waktu yang kosong dari aktiviti. Pengabaian terhadap hak dan kewajiban tersebut akan membawa kemudharatan berlipat-lipat bagi yang melakukannya. Seorang ahli hikmah berkata bahwa kewajiban pada tiap-tiap waktu memungkinkan untuk diganti, namun hak-hak dari tiap waktu tersebut tidak mungkin diganti. Ibnu ‘Atha mengungkapkan, “Sesungguhnya pada setiap waktu yang datang, maka bagi Allah atas dirimu kewajiban yang baru. Bagaimana kamu akan mengerjakan kewajiban yang lain, padahal ada hak Allah di dalamnya yang belum kamu laksanakan!”
Ketiga, baik bersegera ataupun menunda yang terus dilakukan akan menjadikan jiwa terbiasa melakukannya. Tidak akan pernah menjadi penunda “kelas berat”, kecuali diawali dengan menunda hal-hal kecil dalam kiraan yang tinggi. Kebiasaan menunda akan menjadi tabiat kedua yang akan sulit ditinggalkan. Kerana itu, Allah SWT melarang hamba-Nya melalaikan waktu sedikitpun, termasuk menunda pekerjaan.
Allah SWT berfirman,
“Sesungguhnya orang Mukmin itu apabila berbuat dosa akan ada di dalam hatinya bintik hitam, seandainya ia bertaubat, maka akan hilang bintik hitamnya; dan apabila ia menambah nescaya akan bertambah (bintik hitam tersebut), sehingga akan menutup hatinya” (QS Al-Muthafiffin [83]: 14). Wallahu a’lam bish-shawab.


Ada tiga alasan kenapa Allah dan Rasul-Nya mewajibkan manusia untuk tidak menunda sebuah pekerjaan.
Pertama, tidak ada jaminan kita bisa hidup hingga esok hari. Dan tiada seorang pun yang dapat mengetahui (dengan pasti) apa yang diusahakannya besok (QS Luqman [31]: 34). Siapakah yang dapat menjamin kita bisa hidup hingga besok, lusa, bulan depan, atau tahun depan; padahal kematian begitu dekat dengan tiap manusia. Seorang penyair berkata, “Selesaikan pekerjaanmu hari ini, jangan menunggu besok. Siapa yang akan menanggung perkaramu di esok hari?”
Kedua, dalam setiap waktu ada hak dan kewajiban yang harus ditunaikan. Tidak ada waktu yang kosong dari aktiviti. Pengabaian terhadap hak dan kewajiban tersebut akan membawa kemudharatan berlipat-lipat bagi yang melakukannya. Seorang ahli hikmah berkata bahwa kewajiban pada tiap-tiap waktu memungkinkan untuk diganti, namun hak-hak dari tiap waktu tersebut tidak mungkin diganti. Ibnu ‘Atha mengungkapkan, “Sesungguhnya pada setiap waktu yang datang, maka bagi Allah atas dirimu kewajiban yang baru. Bagaimana kamu akan mengerjakan kewajiban yang lain, padahal ada hak Allah di dalamnya yang belum kamu laksanakan!”
Ketiga, baik bersegera ataupun menunda yang terus dilakukan akan menjadikan jiwa terbiasa melakukannya. Tidak akan pernah menjadi penunda “kelas berat”, kecuali diawali dengan menunda hal-hal kecil dalam kiraan yang tinggi. Kebiasaan menunda akan menjadi tabiat kedua yang akan sulit ditinggalkan. Kerana itu, Allah SWT melarang hamba-Nya melalaikan waktu sedikitpun, termasuk menunda pekerjaan.
Allah SWT berfirman,
“Sesungguhnya orang Mukmin itu apabila berbuat dosa akan ada di dalam hatinya bintik hitam, seandainya ia bertaubat, maka akan hilang bintik hitamnya; dan apabila ia menambah nescaya akan bertambah (bintik hitam tersebut), sehingga akan menutup hatinya” (QS Al-Muthafiffin [83]: 14).  
Wallahu a’lam bish-shawab.
 eid mubarak 1431 to all batch 4 nursing students..(^^,)May Allah bless you...

Friday 27 August 2010

Tuesday 24 August 2010

Which Nursing Area Suit You The Best?

Salam kawan2..

Here is a personality test to see which area of nursing you may fit in with the best. It is 130 questions but it goes pretty quickly. They will ask you the same question multiple times which is normal. 

http://www.med-ed.virginia.edu/specialties/

or you can also try this personality or career test

http://www.humanmetrics.com/cgi-win/JTypes1.htm

http://www.personalitytest.net/types/index.htm

Don't forget to share ur result...



Friday 20 August 2010

Mid Term Examination Schedule







21/08/10   : Health Economics

23/08/10    : Critical Care Nursing

24/08/10   : Issues in Nursing

25/08/10   : Oncology Nursing

26/08/10   : Nursing Management and Organization

01/09/10   : Research Methodology

Best of luck to all..semoga Allah memberkati ilmu yang kita pelajari..



Wednesday 18 August 2010

Onco presentation

Present onco xjadi pd mgu dpn sbb ada exam.tarikh baru akn dberitahu

Sunday 15 August 2010

presentation quali

insylh esk sapa trlibat dlm quali prof maung akan present.10min each.esk jg hantar sume softcopy prof n dr laith.please remind others.tq

ramadhan kareem

Abu Hurairah r.a berkata bahawa Nabi SAW bersabda:

Barangsiapa yg berpuasa pada bulan Ramadhan dgn iman dan mengharapkan pahala dari Allah, ia akan diampuni dosa-dosanya yg telah lalu (HR Imam Bukhari)

Friday 13 August 2010

health eco class

sprti sedia mklum, kita akn posting lpas raya, so mgkin xsempt habiskn class health eco.jd menurut dr azlina, mgkn kt akan tambah masa pd class2 sblm cuti raya ni.jd sblm cuti mgkn dah hbs syllbus.juz 4 your info.kalu ada update ttg perkara ni, insylh akn di umumkn nti.

Saturday 7 August 2010

Pembetulan tarikh mnghantar asgmnt 4113 (compare 2 journals)

Unlike stated in the list of assgmnt distributed before, the real date 2 send this assgmnt is @ 18 August. Please take note.tq

e-mel sis.Rubbya

i receive this e-mel a few days after the 'eventful' event in the class. i thought everyone received it through their e-mel, so i just ignore.recently i discover she just sent it to a few people, thus now i would like 2 display it here.what she said in this e-mel may be true or not, but what's more important,we improve our self,since we're also hv done wrong, and of course, we're not troublemakers,we're just different.....

Your class has a lot of potential good leaders of the future.

Now you're all at 4th year, do role model to the juniors how to respect others by respecting self, rules, and regulations, as Profesionals Muslim Nurses of the future. Only honest, ethical, sincere, policy, rules, law abiding, promise-keeping, and and knowledgeable people can become true good leaders.

As your class is very big in number, IIUM KoN depends greatly on your positive behaviour in excelling yourself as IIUM KoN graduates to lead nursing and other disciplines Islamically in Malaysia and abroad in coming ten to 15 years from now.

Therefore, start today, the mission Allah has bestowd upon you all as a TRUTH MUSLIM leading the way for the UMMAH like our IIUM song.

MAY ALLAH BLESS US ALL IN THIS SHAABAN ONWARDS TO REMIND ONE ANOTHER OUR DUTIES IN THE KULLIYYAH AND TOWARDS THE UMMAH.

So,what's your opinion?

Monday 2 August 2010

List Research Topic

kwn2 tlg listkan tajuk research yg dah di approve oleh sprvsors anda.kpd ssiapa yg blum dpt approval,letakla tajuk yg anda sdg working on right now...so that xde la yg sama...tq

Welcome Home!!!

Buat teman-teman..
Manfaatkan blog ni!
Semoga Allah mempermudahkan setiap urusan kita semua..